About Us

Monday, May 11, 2009

ANTARA AKU DAN DIA



aku penat
penat membanting tulang disawah
semata-mata nak bagi kau makan nasi
kau apa tau

ada pernah kau fikir?
ada pernah kau habiskan nasi dalam pinggan kau tu?
ada pernah kau hargai kepenatan aku kat sawah bendang?
yang kau tahu hanya mencampakkan butir-butir nasi yang masih penuh di pinggan itu
terus kedalam tong sampah

dan engkau lebih menghargai akan pil-pil yang bertaburan dimeja itu
sehingga engkau lupa akan susah payah aku di sawah bendang
dalam dunia engkau, engkau cuba sogokkan aku dengan pil-pil itu
hanyut dalam dunia metropolitan engkau

minta maaf engkau silap
apa gunanya kereta mewah yang engkau miliki itu
apa gunanya kediaman banglo yang engkau nginapi itu
apa gunanya gadis-gadis genit yang mengelilingi engkau itu
apa gunanya botol-botol yang bergelimpangan di bilik engkau itu
apa gunanya kebongkakkan engkau itu

kerna engkau patut tahu akhirnya nanti
petani-petani disawah itu juga akan memberikan nasi walau sebutir
kepada engkau.....




1 comment:

Nazra~ said...

betapa bernilai sebutir padi & setitik peluh