About Us

Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA















Oang lain nak letak, aku pun nak la letak sama...
bak pantun kawan aku,


padang besaq kecik aja
tempat siam lalu lalang
hari raya kita berbelanja
jang sampai menambah hutang


selamat ya!!

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT MEMBELI BELAH



















Haha
takde ke benda macam nih jadi kat sini? seronok gak layan tengok benda-benda lawak gini secara langsung..

Wednesday, September 16, 2009

KECELARUAN IDENTITI



atas bawah
depan belakang
kiri kanan
buntu

hati sakit
jiwa tekanan
perasaan bengang
celaru

manusia tahu berjanji
siapa yang tahu kotakan?
kamu? dia?
lupakan

cakap kamu yang lebih
hanya kamu yang layak marah
janji kamu hanya kata-kata
yang penuh berisi dengan gula getah
manis tetapi tidak menjadi idaman semut hitam
habis dia?

hey kamu
ingatlah pada janji
kecil tapi boleh melukakan orang
apatah lagi besar

kamu tahu?
kamu peduli?
kamu kesah?
kamu ingat?

tak
jauh sekali
fikir mudah
buat ape?

fikirla sendiri
kamu ada otak
dia, ada?
kamu ada hati
dia, ada?

diam......


-malam-
030306



Sunday, September 6, 2009

KOTAK KONKRIT



sesat
ditengah-tengah kota urban
dimana kesesakkan mengabui padangan hadapan

kiri kanan
depan blakang
semua sama saja
main redah tak ikut peraturan alam

apa beza peraturan dan undang-undang
kalau aku masih belum menjumpai jalan keluar
dan aku masih juga disini

sial
tak mengenal sesiapa
semua org kena tembak

tapi skang aku perlukan bantuan
kepada semua
tunjukkan aku jalan pulang
kerna aku mahu berada dirumah diketika ini
dan aku sudah lama terperangkap dalam
kesesatan ini

lagipun aku sudah mengantuk
semua papan tanda tampak serupa
sialan

Friday, September 4, 2009

SOMEONE TO REMEMBER



I have shown love
I have been true
I will keep devoting my world for you

ALONEPHOBIC



aku sombong
memang la
sebab tu aku tak tegur kamu

aku berlagak
memang la
sebab tuh aku tak kawan ngan kamu

aku bongkak
memang la
sebab tuh aku xduduk seblah kamu

aku memilih
memang la
sebab tuh aku pilih taknak kawan ngan kamu

aku xsuka kamu
memang la
cube kamu cakap kat aku
sapa yang suka kamu......

Tuesday, September 1, 2009

KADANG-KADANG MANUSIA LUPA BAHAWA KEMERDEKAAN ITU ADALAH SATU SEJARAH



Penghayatan kemerdekaan bukan terhad dengan cara mengibar bendera, konsert diambang kemerdekaan, percikkan bunga api serta perarakkan pasukan beruniform semata-mata, sambil menyanyi lagu negaraku, lagu keranamu Malaysia, lagu satu Malaysia, tetapi ianya sewarjarnya perlu seiring dengan kefahaman akan kesusahan generasi lampau dalam menuntut kemerdekaan. Rakyat atau masyarakat perlu memahami dan mengerti serta perlu diajari akan sejarah dimasa lampau akan bagaimana merdeka itu sendiri dicapai.

Pengkhianat tetap pengkhianat. Hanya mereka yang lupa sahaja yang menyanjungi pengkhianat. Hanya mereka yang tidak mengenal sejarah sahaja yang menganggap sifat perikemanusian adalah lebih penting dari mengingati sejarah. Sedangkan mereka tidak tahu bahawa sipengkhianat ini masih mempunyai sifat pemberontakkan didalam dirinya. Sedangkan mereka ini tidak memahami akan perit getir kehidupan yang penuh kekejaman dimasa lampau akibat pemberontakkan pengkhianat ini. Kerana mereka tidak merasai hidup didalam ketakutan itu. Dan semua nya kerana mereka ini mempunyai kepentingan diri sendiri dengan memperjuangkan hak asasi manusia sedangkan mereka tidak tahu yang mereka pejuangkan itu ada lah seorang yang pernah melampaui kekejaman hak asasi manusia.

Ingatlah, kemerdekaan yang kita perolehi hari bukan dengan cara yang mudah, tetapi ianya terhasil dari keringat, darah dan air mata...


About Me