About Us

Tuesday, September 1, 2009

KADANG-KADANG MANUSIA LUPA BAHAWA KEMERDEKAAN ITU ADALAH SATU SEJARAH



Penghayatan kemerdekaan bukan terhad dengan cara mengibar bendera, konsert diambang kemerdekaan, percikkan bunga api serta perarakkan pasukan beruniform semata-mata, sambil menyanyi lagu negaraku, lagu keranamu Malaysia, lagu satu Malaysia, tetapi ianya sewarjarnya perlu seiring dengan kefahaman akan kesusahan generasi lampau dalam menuntut kemerdekaan. Rakyat atau masyarakat perlu memahami dan mengerti serta perlu diajari akan sejarah dimasa lampau akan bagaimana merdeka itu sendiri dicapai.

Pengkhianat tetap pengkhianat. Hanya mereka yang lupa sahaja yang menyanjungi pengkhianat. Hanya mereka yang tidak mengenal sejarah sahaja yang menganggap sifat perikemanusian adalah lebih penting dari mengingati sejarah. Sedangkan mereka tidak tahu bahawa sipengkhianat ini masih mempunyai sifat pemberontakkan didalam dirinya. Sedangkan mereka ini tidak memahami akan perit getir kehidupan yang penuh kekejaman dimasa lampau akibat pemberontakkan pengkhianat ini. Kerana mereka tidak merasai hidup didalam ketakutan itu. Dan semua nya kerana mereka ini mempunyai kepentingan diri sendiri dengan memperjuangkan hak asasi manusia sedangkan mereka tidak tahu yang mereka pejuangkan itu ada lah seorang yang pernah melampaui kekejaman hak asasi manusia.

Ingatlah, kemerdekaan yang kita perolehi hari bukan dengan cara yang mudah, tetapi ianya terhasil dari keringat, darah dan air mata...


No comments:

About Me