pilih mana kamu mahu dahulu dua-dua bagus dua-dua boleh dicapai tapi yang mana kamu mahu lebih
kamu senang kamu mewah kamu kaya kamu berharta tapi kamu puas ke dengan kehidupan kamu?
kepuasan tidak boleh dicapai dengan kesenangan tapi kesenangan boleh dicapai dengan kepuasan asalkan ada usaha
kamu buat apa yang kamu mahu kamu puas hati kamu buat sungguh-sungguh apa yang kamu mahu kamu senang dan puas hati
daripada kamu buat apa yang kamu tidak suka kamu senang tapi kepuasan tu tiada
tapi itulah nak dapatkan kepuasan nih perlukan pengorbanan kadang-kadang berjaya tapi kalau tidak bukan rezeki la sekurang-kurangnya kamu berusaha bukan duduk umah mengharapkan sesuatu yang tidak pasti
kadang-kadang memilih ni baik tapi jangan sampai kamu terleka
tak kesahlah
asalkan kamu tidak serabutkan hidup kamu
tanya diri apa yang kamu nak
kamu masih ada berpuluh tahun untuk hidup
asalkan kamu jujur dengan kehidupan kamu….
aku melangkah perlahan perlahan-lahan menuju kesana
Tanpa sedikit pun rasa tercunggap
aku melangkah perlahan lagi
tapi kali ini aku tidak menuju kesana lagi dengan sedikit rasa mengah
aku masih berjalan
terus berjalan
dan akan terus berjalan
sehingga ada yang mahu aku berhenti
Pernah kena paksa buat sesuatu yang kamu tak suka buat? apa kamu rasa? suka tak? Jadi, kenapa nak buat dekat orang sesuatu yang kalau orang buat kat kamu sendiri pun kamu tak suka??